ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah berharap agar kerajaan Persekutuan membenarkan negeri itu menjadi pengeksport daun ketum yang sah ke negara Thailand terutama bagi tujuan perubatan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kebenaran itu akan memberi banyak manfaat kepada banyak pihak terutama kerajaan melalui kutipan cukai hasil daripada aktiviti mengeksport daun ketum.
Selain itu, kata beliau, komitmen dan sumber agensi-agensi penguatkuasaan di sempadan tanah air dalam membanteras penyeludupan daun ketum ke negara jiran juga dapat dikurangkan selain penumpuan dapat dilakukan pada tugasan-tugasan yang lain.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan bahawa Kedah bersedia untuk melantik mana-mana anak syarikat kerajaan untuk jadi agen tunggal di negeri itu dalam usaha menghimpunkan komuniti ketum.
Namun begitu, sekiranya ada keperluan meminda akta di Parlimen, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri bersedia untuk melaluinya.
“Kita jadi pengeksport secara sah dan kerajaan boleh mendapat cukai dan penguatkuasa tidak perlu tunggu, ligan (kejar) (penyeludup di) merata (tempat),
"Ia (adalah) untuk (tujuan) eksport (terutama dalam bidang perubatan) bukannya untuk masuk ke dalam badan secara tidak sah yang dinamakan 'cakoroi' itu,” kata beliau.
Menteri Besar berkata demikian dalam sidang media selepas menpengerusi Mensyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Cakoroi yang sangat terkenal dalam kalangan pengamal air ketum itu merupakan campuran pati ketum dengan bahan-bahan lain.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi memaklumkan, kualiti tanah yang ada di negeri Kedah merupakan yang terbaik terutama bagi proses pertumbuhan dan pembesaran spesis daun ketum khusus bagi tujuan perubatan yang diusahakan di negara Thailand ketika ini.
"Dikatakan (negeri) Kedah adalah tanah yang paling sesuai untuk pertumbuhan dan pembesaran spesis ketum paling baik untuk perubatan yang telah diusahakan di negara jiran, Thailand.
“Sekarang ini (negara mereka) buat pil untuk perubatan, minuman (juga) boleh dibeli di 'vending machine' (yang menjual) air ketum .
"Oleh kerana permintaan (daun ketum) yang tinggi, sekilogram ketum di sini (Kedah hanyalah berharga) RM30, (namun apabila) sampai di sempadan (atau) tempat proses di Thailand (boleh mencecah) RM150 sekilogram… ia begitu mahal, patutlah (ramai) orang 'pulun' (berusaha) seludup (daun ketum)," ujar beliau lagi.
Abd Hadi Che Awang
Wed Mar 16 2022
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kanan) berharap kerajaan Persekutuan membenarkan Kedah menjadi pengeksport daun ketum yang sah ke negara Thailand terutama bagi tujuan perubatan. - Gambar Astro AWANI
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand
Suspek melakukan kerja berkenaan secara sambilan dan menerima upah sekitar RM10 untuk membawa masuk bekalan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan
Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot.
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.
Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.
Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.
Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion
Individu yang ditangkap membuat, membawa atau menjual narkotik Kategori 3 dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.
Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum
Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan RM11,100 manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.